PENGENALAN
Program ini merupakan kursus fasa pertama bagi tahun 2011. Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan awal tentang pengurusan Pusat Sumber kepada Pengawas Pusat Sumber. Selain itu, program ini memberi pendedahan kepada Rakan Pembaca tentang aktiviti ahli Rakan Pembaca.
OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan awal kepada pengawas pusat sumber yang baru dilantik
2. Mendedahkan bidang tugas dan peranan pengawas PSS
3. Mewujudkan semangat kerjasama di antara Pengawas Pusat Sumber yang baru dilantik dengan pengawas yang lama.
4. Memberi pendedahan kepada peserta Rakan Pembaca.
KUMPULAN SASARAN
1. Pengawas Pusat Sumber
2. Ahli Rakan Pembaca
TARIKH/TEMPAT
Tarikh: 31 Januari 2011
Tempat: Perpustakaan Al-Hikmah
FASILITATOR
1. En. Abdul Rahim bin Ali
2. Cik Noor Elhidayah bt Elias
3. Cik Nordiana bt Che Daud
4. Pn.Intan Suria bt Mohd Khalil
5. Pn.Raziah bt Abd Aziz
6. Cik Rohaida bt Ariffin
TENTATIF PROGRAM
TARIKH/MASA | 8.00-8.30 | 8.30-9.00 | 9.00-9.30 | 9.30-10.00 | 10.00-12.30 | 1.00-2.00 | 2:00-4:30 ptg |
31 Jan 2011 | Pendaftaran | TAKLIMAT KURSUS (En.Abdul Rahim b Ali) | Minum Pagi | TAKLIMAT TATACARA PSS (En.Abdul Rahim b Ali) | AMALI PENGURUSAN SUMBER (Cik Noor Elhidayah Elias) | MAKAN TENGAH HARI/SOLAT ZOHOR (Cik Rohaida bt Ariffin) | AMALI PENGURUSAN SUMBER (Cik Noor Elhidayah Elias) |
TAKLIMAT RAKAN PEMBACA (Pn. Raziah bt Abd Aziz) | BENGKEL RAKAN PEMBACA (Pn. Intan Suria bt Mohd Khalil & Cik Nordiana bt Che Daud) | TAKLIMAT PERATURAN PERTANDINGAN & PEMARKAHAN (En. Abdul Rahim b Ali) | BENGKEL RAKAN PEMBACA (Pn. Intan Suria bt Mohd Khalil & Cik Nordiana bt Che Daud) |
PENUTUP
Program ini telah berjalan dengan lancar dan mengikut waktu yang telah dijadualkan. Pengawas Pusat Sumber telah diberi taklimat tentang maklumat dan kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan pusat sumber sekolah. Seterusnya, Pengawas Pusat Sumber telah diberi bengkel atau amali pengurusan Pusat Sumber di mana mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan. Kursus ini telah mencapai objektif yang digariskan dan diharapkan semoga Pengawas Pusat Sumber dapat melaksanakan tugas dengan komited dan professional pada masa akan datang. Selain itu, Bengkel Rakan Pembaca telah memberi pendedahan awal kepada peserta dan menyuntik keyakinan dalam diri setiap peserta. Secara keseluruhannya, program ini telah memberi input yang berguna kepada semua peserta kursus ini.